Saturday, May 2, 2009

Meninjau Perkembangan Janin Insan Menurut Al-Quran
Ketika 40 hari didalam kandungan, semua anggota badan dan organ-organ telah dibentuk secara berperingkat-peringkat. . Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari” (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari).

Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
"Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan bertanya, "Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?" dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia suka"
(Riwayat Muslim).



Profesor Simpson mengkaji dua Hadis in dengan tekun dan sememangnya beliau tahu bahawa ketika 40 hari pertama kandungan ialah peringkat janin-genetik yang sudah dapat dicamkan pembentukannya. Beliau amat takjub dengan ketepatan dua hadis ini. Di dalam satu persidangan yang dihadirinya beliau memberikan pendapat ini: Dua Hadis itu telah memberikan satu jadual secara terperinci mengenai perkembangan janin sebelum 40 hari. Sebagaimana yang telah pun disebut oleh penceramah lain, dua hadis ini tidak mungkin disabdakan berdasarkan pengetahuan sains yang ada ketika itu.

Profesor Simpson menyatakan bahawa agama boleh memandu usaha pencarian ilmu. Namun, pihak barat sebagaimana yang kita bincangkan tadi menolak kemungkinan ini. Dan kini sudah ada seorang ahli sains Amerika yang yakin bahawa agama, khasnya yang bernama Islam, boleh mempertemukan agama dan ilmu dengan jayanya. Sebagai perbandingan, bayangkan anda pergi ke sebuah kilang dan anda membawa bersama buku panduan tentang kilang itu. Sudah tentu anda dapat memahami perjalanan kilang itu dengan senang disebabkan anda ada buku panduannya. Tanpanya, ,mungkin sukar untuk anda memahami perjalanan kilang berkenaan.

Profesor Simpson berkata: Justeru, saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan antara fakta genetik dan agama, tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains dengan adanya wahyu-wahyu Tuhan yang boleh menolong dalam pengkajian sains. Memang ada ayat-ayat al-Quran yang terbukti benar oleh penemuan sains. Ini membuktikan ilmu di dalam al-Quran itu datangnya dari Allah.

Itu sememangnya benar. Seharusnya umat Islam memulakan pengkajian ilmu dan mereka berupaya mengangkat ilmu ke tempat yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi umat Islam tahu bagaimana menggunakan ilmu untuk membuktikan keujudan Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad sallalahualaihiwasallam.

No comments:

Post a Comment