Wednesday, November 18, 2009

KENANGAN PANORAMA JEREJAK

HARI KETIGA - MESYUARAT M3P-PULAU JEREJAK

20 November 2009 (Jumaat)

HARI KEDUA - MESYUARAT M3P

Hari Kedua : 19 November 2009 (Khamis)

6.40 am: tok..tok..tok..tok...pintu bilik diketuk...dah bangun solat...terlelap ....rupa-rupanya sahabat dah sampai.
7.15 am: turun sarapan....
8.30am: mula mesyuarat untuk sesi pagi..penyelaras kena bincang tentang NKRA. apa tu NKRA?NKRA – BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA ( NATIONAL KEY RESULT AREA)..Fokus macam mana membuat perancangan kecemerlangan akademik bagi tahun hadapan 2010...kj pulak meeting m3p.

opps ..sat gi sambung pulak....ada hal penting

ok..sambung lagi...
12.30tgh: menikmati makan tengahari...sodapnya...sambal petai
2.30pm : Sesi ceramah berkenaan NKRA oleh Dr Bala dari IAB Cawangan Utara
5.00pm: Sesi riadah - perlawanan bola tampar pantai...sengit....hebat
8.30mlm: Sambung ceramah NKRA dan KPI oleh Dr. Bala

lepas tu apa lagi....ponat main ....balik bilik teruih terlelap...jumpa lagi

Ikuti Mesyuarat M3P

17 November 2009 (Selasa)
Semasa dalam perjalanan pulang daripada menyampaikan CERAMAH WARIS JAYA di SMK Tengku Indera Putra, Alor Biak, ana menerima panggilan telefon daripada En. Shukri (LDP)..."ust kena pi mesyuarat di Pulau Jerejak 18 hingga 20 November 2009..ust sebagai penyelaras jQAF.Baik tuan saya yang menurut perintah.
18 November 2009 (Rabu)
Pagi - macam biasa pergi ke ipda...jam 10.00 balik untuk membuat persiapan
1.40 pm: ambil zaujah di sekolah dan terus ke ipda
2.30 pm: Bertolak dari ipda ke Jetty dengan bas
4.15 pm: tiba di jetty
4.30 pm: menaiki bot ke Jerejak Resort
Selepas check in sebilik dengan sahabat tuan haji abdul aziz tapi beliau belum sampai lagi dalam perjalanan dari Bangi...so masuk bilik seorang...lepas solat...turun menikmati keindahan panorama Pulau Jerejak yang suatu ketika dulu menjadi tempat tahanan banduan....subhanallah cantik....sambil melihat pesawat berlepas dari LTAB Bayan Lepas. rupa-rupanya ramai pensyarah yang memiliki minat yang sama. masing-masing dengan kamera, videocam dan yang menarik kamera tn hj jusni yang antik...bagusnya...ada yang bersedia share ilmu berkaitan gambar...so dapat belajar macammana nak ambil gambar MAKRO....tn hj chik (Bang Chik-panggilan glamour) cukup berminat....sampailah waktu makan.lepas makan malam naik bilik, solat....
8.30mlm : Program bermula dengan ucapan aluan Pn hjh norhayati...ucapan Tuan pengarah...lepas tu pembentangan oleh penyelaras-penyelaras...dan ana sebagai penyelaras jQAF pembentang terakhir...alhamdulillah beres....
10.32mlm : sahabat tn hj abdul aziz call..."sheikh ana terlepas bot ..lambat 2 minit aje"...habih tu enta tidoq di mana?"nampaknya ana tidoq kat jetty....

Amaran dan perintah Allah

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."( At Tahrim: 6 ).

Tuesday, July 7, 2009

Peringatan untuk kita

Kata-kata hikmah Umar Abdul Aziz.

Janganlah kalian semua dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi di saat tibanya waktu sembahyang. Bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang membiasakan dirinya melengah-lengahkan sembahyang kerana tugas-tugas duniawinya nescaya syariat-syariat Islam yang lainnya akan lebih mudah dicuaikan olehnya.

Friday, May 22, 2009

10 Hadiah Allah Di Dunia Untuk Orang Bertaqwa

Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran...
1. Sentiasa mendapat petunjuk“Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Baqarah: 5)
2. Diberi penyelesaian dari masalah “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar.” (At-Thalaq: 2)
3. Dipermudah segala urusan“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Thalaq: 4)
4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga“… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At-Thalaq: 3)
5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)“Sesungguhnya Allah menghasihi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 76)
6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi“Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)
7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah“Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa.” (Al-Fussilat: 18)“… dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah: 194)
8. Mendapat kemenangan“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan.” (An-Naba: 31)
9. Terpelihara dari tipu daya musuh“Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.” (Ali Imran: 120)10. Diberikan ‘furqan’ (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)“Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.” (Al-Anfal: 29)hidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai ‘hadiah’, sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran...
1. Sentiasa mendapat petunjuk“Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Baqarah: 5)
2. Diberi penyelesaian dari masalah “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar.” (At-Thalaq: 2)
3. Dipermudah segala urusan“Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya.” (At-Thalaq: 4)
4. Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga“… dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At-Thalaq: 3)
5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)“Sesungguhnya Allah menghasihi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 76)
6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi“Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)
7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan dari Allah“Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa.” (Al-Fussilat: 18)“… dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah: 194)
8. Mendapat kemenangan“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan.” (An-Naba: 31)
9. Terpelihara dari tipu daya musuh“Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.” (Ali Imran: 120)10. Diberikan ‘furqan’ (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)“Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.” (Al-Anfal: 29)

Thursday, May 21, 2009

Keintiman Suami Isteri


Hadith :
Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Pada suatu waktu ketika aku sedang haidh, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada nabi s.a.w, baginda baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haidh, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada nabi s.a.w lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku.”

(Muslim)

Saturday, May 2, 2009



Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi
jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas
dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Meninjau Perkembangan Janin Insan Menurut Al-Quran
Ketika 40 hari didalam kandungan, semua anggota badan dan organ-organ telah dibentuk secara berperingkat-peringkat. . Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari” (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari).

Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
"Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan bertanya, "Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?" dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia suka"
(Riwayat Muslim).



Profesor Simpson mengkaji dua Hadis in dengan tekun dan sememangnya beliau tahu bahawa ketika 40 hari pertama kandungan ialah peringkat janin-genetik yang sudah dapat dicamkan pembentukannya. Beliau amat takjub dengan ketepatan dua hadis ini. Di dalam satu persidangan yang dihadirinya beliau memberikan pendapat ini: Dua Hadis itu telah memberikan satu jadual secara terperinci mengenai perkembangan janin sebelum 40 hari. Sebagaimana yang telah pun disebut oleh penceramah lain, dua hadis ini tidak mungkin disabdakan berdasarkan pengetahuan sains yang ada ketika itu.

Profesor Simpson menyatakan bahawa agama boleh memandu usaha pencarian ilmu. Namun, pihak barat sebagaimana yang kita bincangkan tadi menolak kemungkinan ini. Dan kini sudah ada seorang ahli sains Amerika yang yakin bahawa agama, khasnya yang bernama Islam, boleh mempertemukan agama dan ilmu dengan jayanya. Sebagai perbandingan, bayangkan anda pergi ke sebuah kilang dan anda membawa bersama buku panduan tentang kilang itu. Sudah tentu anda dapat memahami perjalanan kilang itu dengan senang disebabkan anda ada buku panduannya. Tanpanya, ,mungkin sukar untuk anda memahami perjalanan kilang berkenaan.

Profesor Simpson berkata: Justeru, saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan antara fakta genetik dan agama, tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains dengan adanya wahyu-wahyu Tuhan yang boleh menolong dalam pengkajian sains. Memang ada ayat-ayat al-Quran yang terbukti benar oleh penemuan sains. Ini membuktikan ilmu di dalam al-Quran itu datangnya dari Allah.

Itu sememangnya benar. Seharusnya umat Islam memulakan pengkajian ilmu dan mereka berupaya mengangkat ilmu ke tempat yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi umat Islam tahu bagaimana menggunakan ilmu untuk membuktikan keujudan Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad sallalahualaihiwasallam.

Tuesday, April 28, 2009

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

  • Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.(Riwayat Muslim).
  • Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
  • Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
  • Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
  • Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaanberhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
  • Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
  • Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginys selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  • Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka
  • Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
  • Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
  • Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.
  • Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
  • Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
  • Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Thursday, April 23, 2009

Sirah...Penyayangnya Rasulullah



Pada suatu hari, Rasulullah saw memendekkan bacaan dalam solat subuh baginda. Baginda hanya membaca surah al-Falaq dan an-Nas berlainan dengan kebiasaan. Kebiasaannya baginda selalu membaca surah yang panjang pada solat subuh. Bila ditanya kenapa memendekkan solat, baginda menjawab : "Aku dengar anak menangis. Aku takut tangisan itu membebankan ibunya."

Antara Wasiat Luqman ...



Diriwayatkan Luqman telah berkata pada anaknya :



  • Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan, tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa

  • wahai anakku, ingatlah Allah banyak-banyak sesungguhnya Allah mengingati orang yang mengingatiNya

  • Anakku, bersahabatlah dengan orang-orang yang bijaksana

  • Anakku, bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain dan duduklah dengan ahli-ahli zikir

  • Anakku, laksanakanlah hajat-hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu

Doa abi untuk anak-anak sebagai mana riwayat Al-Bukhari :


"Ya Allah, banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yang Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku."

Pesanan Al-Imam Hassan Al-Banna

"Bersabarlah dan rasa mulialah bersama Islam. apatah lagi kamu berusaha mengembalikan maruah umat ini. Ingatlah jangan sesekali kamu melatah apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang tertekan. Ingatlah, orang yang perkasa bukanlah di kalangan mereka yang handal bersilat, tetapi mereka yang perkasa adalah mereka yang dapat mengawal diri apabila marah"

Wednesday, April 15, 2009

Kejadian Kita



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga.
KEHIDUPAN DUNIA...