Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU



Tanggal 01 Januari 1978....berusia 5 tahun 8 bulan, ana telah dimasukkan ke Tadika Kemas kg batu 10-lokasinya di surau jabatan hutan batu 10. Cikgu Fauziah Bakar-guru pra sekolah yang banyak mendidik diri ini menulis, membaca dan mengira-waktu rehat diberi minum susu lembu dalam pek secara percuma dan kuih-terima kasih cikgu-hanya ALLAH yg dapat membalas jasa cikgu. habis setahun..seterusnya ana melangkah kaki ke sK Jeniang Pusat-cikgu Rahmah adalah seorang guru yang dedikasi..bijak melayan karenah anak-anak kecil-semasa awal sesi persekolah ramai kawan-kawan yang menangis dan terpaksa ibu atau ayah berada dan menunggu di luar bilik darjah. sepanjang belajar di SK Jeniang Pusat ana sempat berguru dgn ramai para guru..yang masih ingat nama antaranya, cikgu Rahmah, cikgu Rahman(almarhum), cikgu asiah(almarhumah),cikgu ismail, cikgu hindun(almarhumah),cikgu hassan,cikgu abu hassan, cikgu shuib, cikgu ghazali, ust hassan(almarhum),ust Fadhil (Almarhum) dll. november 1984...sedih melangkah keluar dari SK Jeniang.dan alhamdulillah 1januari 1985..berjaya dalam temuduga dan melangkah kaki ke Maktab Mahmud Alor Setar ...sebuah sekolah agama yang gah di negeri kedah.sepanjang di Maktab Mahmud..guru-guru yang masih ingat, antaranya ust abu bakar(pengetua),ust mat cik nik(almarhun),ust aziz nahu(almarhum), ust aziz fekah-skrg tok imam akar peluru,cikgu saad(geografi),cikgu shuib(sejarah) mr ramadas, mr aziz,cikgu arshad, cikgu ismail(mat),ust hashim(almarhum), ustazah rokiah, ustazah zainab, cikgu fitriah,

Sunday, May 8, 2011

Kubah Hijau



DEMI MASA

Demi Masa....
Kenapa ALLAH swt bersumpah dengan masa? Ya Allah masa berlalu terlalu pantas.sedar tak sedar kita sudah melangkah ke bulan pertengahan 2011.Sehari demi sehari kita mendengar berita kematian orang yang kita kasihi....saat seperti itu juga pasti akan mengunjungi kita.hari ini sahabat kita pergi mengadapNYA,entah esok kita pula akan menyusul...ALLAHU AKBAR..apakah kita sudah bersedia. minggu lalu berita kematian seorang guru yang meninggal ketika sedang solat.minggu lalu juga berita seorg pensyarah ipta meninggal dan sebelum itu beliau pengsan dalam keadaan sedang puasa sunat.alangkah bertuahnya diri mereka..dijemput Allah dalam keadaan sedemikian..kita bagaimana pula?

Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman Temuduga HLP

Tanggal 13 April 2011 ana berpeluang mencari pengalaman memasuki bilik temuduga bagi Hadiah Latihan Persekutuan 2011. Alhamdulillah tiba di Bahagian Biasiswa BB) KPM jam 8.05am dengan dihantar oleh sahabat sejati saudara Khairul Anwar Osman. Masya Allah terlalu ramai yang akan mengikuti sesi temuduga pada pagi tadi.Alhamdulillah dapat bertemu sahabat Rosli IPSAH, Kak Hanim (UM).register dapat no 2..bilik temuduga 3. sebelum tu....cari ketenangan dengan berdoa kehadratNYA. jumpa sahabat Mohd Akhir di surau BB.jam 8.45am naik ketingkat 1 di luar bilik menunggu.dalam lebih kurang jam 9.15am nama ana dipanggil dan masuk ke dalam bilik temuduga bersama dengan beg roda dan beg sandang laptop.firstly disuruh introduce my self and then cerita dengan detail about your proposal research....lastlay kena speaking arabic....wallahu aklam...rabbuna yusahhilana....amin

Wednesday, April 6, 2011

bersemangat aktifkan semula blog

Alhamdulillah ALLAH anugerahkan kekuatan untuk mengaktifkan semula blog bagi merealisasikan sabda Nabi SAW yang bermaksud, sampaikan dariku walau satu ayat. mudah2an blog ini mampu berperanan sebagai medium dakwah demi mengajak semua manusia kepada jalan ALLAH.