Friday, August 20, 2010

Ramadhan Oh Ramadhan

Ketika menunggu waktu berbuka di Masjid Rahman Universiti Malaya Kuala Lumpur, ana sempat bertaa'ruf dengan student IPBA Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur. Sambil berbual ana letakkan al-quran yg dipegang atas tembok masjid. Tiba-tiba Al-Quran itu hilang dan ana cuba meninjau rupa-rupa seorang lelaki( berpakaian kemas dalam lingkungan umur 40an dgn seorang anak lelaki lingkungan 10 tahun sedang membelek-belek al-quran tersebut. ana anggap lelaki itu cuba membaca dan berminat sebab al-quran itu ada terjemahan dan mudah dibawa...tiba-tiba lelaki itu membuka zip beg sandangnya dan memasukkan al-quran ana ke dalam begnya...masya Allah ...ana terperanjat dan terus menyapa lelaki itu..abg tu al-quran saya ....lelaki itu tanpa berkata apa-apa terus meletakkan semula al-quran tersebut di tempat yg ana letak tadi...masya allah ...dunia akhir zaman..kalau berminat sekali pun dengan al-quran tersebut tanyalah insan sekeliling....lebih-lebih di bulan Ramadhan dan sedang menunggu waktu berbuka dalam rumah Allah. Kita mengajar anak mengambil barang orang tanpa keizinan tuannya begitu sahaja. allahu rabbi....di manakah hilang nya nilai-nilai murni seorang bapa . di manakah didikan seorang bapa buat anaknya. Penat guru di sekolah terutamanya ustaz dan ustazah mendidikan anak murid jangan mengambil barang org lain tanpa keizinan tuannya. tiba-tiba seorang bapa sanggup melakukannya di hadapan anak, dalam bulan ramadhan dan sedang berpuasa..lebih-lebih dalam rumah Allah disaat umta islam sedang menunggu saat untuk berbuka.....bersamalah kita renungkan.moga secebis kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat kita bersama.

A Very Wonderful Journey-PhD

A Very Wonderful Journey - PhD

Buat Isteriku...

Sayang...
Terima Kasih....Jazkumullah...Syukran dan semua ucapan pengharagaan khas buat isteriku. Pengorbanan yg telah syg tunjukkan amatlah abg HARGAI dan menjadi kenangan manis buat kita bersama. Terima kasih kerana sudi menjaga dan mentarbiyyah ke enam-enam zuriat kita (setakat ini).

Buat Putera & Puteri-Puteri Yg Abi sayangi...
Terima kasih kerana begitu memahami ..dan sanggup berjauhan dengan abi saban minggu

Along...bantulah ummi menjaga adik-adik..rajin pergi tuisyen...yg penting jangan lupa tunaikan solat.

Angah...bantulah ummi mengasuh adik....solat jangan ralit

Kak Lang .... ingat pesan abi lepas main tolong kemas rumah kita semula dan jangan bergaduh dengan kak chik

Kak Chik...main dengan kak lang dan adik ya elok-elok

Kak Solehah...
Tolong tengok kan baby kita ye

Baby Najihah Humaira'....maafkan abi...abi terpaksa ke Kuala Lumpur saban minggu demi untuk mencari ilmu. Duduklah dgn ummi baik-baik.

Terima kasih buat semua....semoga perjalanan ini akan lebih bermakna dan bermotivasi
Ya Rabbb ...bantulah dan tolonglah hambamu ini dalam liku-liku mencari ilmu....permudahkanlah segala urusan hambamu dan murahkanlah rezeki kami semua.amin